XPlorace

Eksplorasi Cinta Negara Dan Patriotisme Rakan Muda

Anjuran Bersama : Pejabat Penerangan Daerah Kemaman & Kelab Rakan Muda Kemaman

Kerjasama : Asrama Yayasan Terengganu Kemaman, Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman & Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kemaman

Tarikh   : 12 Hingga 14 Ogos 2008

Tempat : Daerah Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Besut.

Peserta : 30 Orang Pelajar

Modul program ini disusun atur oleh pihak yang amat berpengalaman didalam bidang pembangunan kemanusiaan dan pendidikan pelajar yang diketuai oleh En. Jamal Bin Sidek (Pengerusi Majlis Kaunselor Daerah Kemaman),En Mohd Izham Bin Ahmad (Setiausaha GPMS & Pengerusi KRM Kemaman), En Samiron (Guru Kaunseling SMKSI II), Pn. Fadilah Mohamad (Peg. Penerangan Daerah Kemaman), En Mohd Nor Azmi Bin Abu Bakar (Penyelia Asrama Yayasan Terengganu Kemaman) dan di bantu oleh beberapa orang Guru Penyelaras Kelab Setia, Pen. Peg Penerangan Daerah Kemaman dan Penggerak Rakan Muda Parlimen Kemaman (Cik Faresha).

Program ini dirangka bagi menguatkan ketahanan dan jatiditi para remaja dengan cara berdikari. Program ini membiarkan para peserta merancang dan berfikir dari pelbagai aspek kesetiap destinasi dan tugasan yang diberikan seperti pengurusan masa, perancangan kewangan, pemikiran ideologi, dan penjanaan kepimpinan.

Para pelajar hanya dibekalkan RM40 untuk mengharungi perjalanan daripada Bandar Chukai Kemaman ke Penamatnya di Kem Sri Kluang Besut. para peserta tidak dibekalkan peta dan pengangkutan. Mereka perlu mencari sendiri kenderaan yang ingin mereka naiki dengan sumber kewangan yang terhad. Namun peserta tidak dibenarkan menaiki kenderaan orang awam. Dan setiap perjalanan mestilah dibuktikan dengan resit pembayaran seperti tiket bas.

program seumpama ini akan cuba diteruskan dengan kobolorasi daripada pelbagai agensi samada kerajaan mahupun swasta.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kemaman, Pejabat Penerangan Daerah Dungun, Ahli Parlimen Dungun, Awang’s Resort, Penduduk Kampung Rantau Abang, Stesen Bas MBKT, JK Masjid Zainal Abidin, Kompleks Belia Negeri Terengganu, Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu, Peniaga-peniaga Pasar Besar Kedai Payang, Pusat Serenti Besut, Kem Sri Kluang dan Individu, Orang Perseorangan serta sesiapa jua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

 

Peserta Menunggu Bas di Check Point(CP)1, di Hadapan Masjid Kampung Besut Kemaman 

Peserta di CP 1, Hadapan Bangunan Risda

Peserta Menunggu Bas di CP1, Stesen Bas Kemaman

Peserta di Pekan Dungun

Peserta Berlari-lari anak mencari Pejabat Penerangan Daerah Dungun

Menyerah Tugasan Pertama di Pej. penerangan Daerah Dungun (KENEGARAAN MALAYSIA)

Peserta di CP3 (Stesen Petronas Rantau Abang)

Peserta Menemuramah Penduduk Kampung Rantau Abang (Tugasan Ke-2)

 Tugasan Ke-3 (Di Lagenda Batu Penyu)

Pengerusi KRM Kemaman menyampaikan Cenderamata Kepada Penduduk Kampung

Tugasan Ke-4 (Masjid Zainal Abidin)

Peserta menamatkan Eksplorasi Hari Pertama dengan menuju ke KOMBES Terengganu

Pengerusi KRM Kemaman berucap di Majlis Ramah Mesra bersama KRM Kuala Terengganu Turut hadir AJK KRM Kuala Terengganu & Kuala Nerus

Kenangan bersama Pegawai Penerangan Daerah Kemaman

Eeh malu-malu plak

Leave a comment