Kempen Sokongan Kepada Belia Palestin

Kempen Sokongan Skuad Sukarelawan Rakan Muda Kepada Kanak-Kanak Dan Belia Palestin

Peringkat Parlimen KemamanPICT0010 - Copy-web

Anjuran : Kelab Rakan Muda Kemaman

Tarikh : 26 – 28 Februari 2009

Tempat : Pasar Malam, Chukai Kemaman.

Program ini dilaksanakan demi mengumpul semaksimum mungkin sumber kewangan kepada Belia Dan Kanak-kanak Palestin yang teraniaya oleh kekejaman dan keganasan rejim Zionis.

Program ini dilaksanakan selama 3 hari dan melibatkan kira-kira 3000 orang dan 100 orang ahli Skuad Sukarelawan Rakan Muda Kemaman. Program ini bermula pada hari Khamis di Pasar Malam Chukai. YB ADUN Air Putih, YB Tuan Haji Wan Abdul Hakim Bin Wan Abdul Hamid Bin Tan Sri Wan Mokhtar turun padang mengutip derma daripada pengunjung dan peniaga Pasar Malam. Selain daripada mengumpul derma, para pengunjung juga menandatangani Banting menyatakan sokongan kepada remaja dan belia Palestin.

Pada hari ke-2, Kempen ini diwarnai dengan acara Senamrobik Sempena Kempen Sokongan Kepda Kanak-kanak dan Belia Palestin. YB Tuan Haji Wan Abdul Hakim Bin Tan Sri Wan Mokhtar sekali lagi sedia bersama-sama masyarakat menunjukkan sokongan kepada kempen ini.

Pada hari ke-3, Kempen ini diteruskan dengan Larian mengelilingi Bandar Chukai, dengan kehadiran mencecah 3000 orang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.